EH! - Januari 2017
Malay | 180 pages | True PDF | 58.1 MB
Malay | 180 pages | True PDF | 58.1 MB
EH! edisi Januari menampilkan penggambaran eksklusif bersama Lisa Surihani yang kini hamil anak kedua. Bersama EH! Lisa bercerita tentang kehidupannya hari ini, bagaimana kehidupannya berputar 360 darjah sejak berumahtangga dan memiliki cahaya mata sendiri.
Naskhah bulan ini membawa fokus ‘Makeover’ yang mana EH! mengisi ruangan utama kami dengan pelbagai inspirasi ubah gaya, baik dari segi fesyen mahupun kecantikan. Halaman fesyen mengetengah inspirasi helaian mengikut bentuk tubuh, sama ada anda petit atau curvy, kami pilihkan ilham suai padan untuk anda cuba sendiri. Ruangan fesyen juga dimeriahkan dengan ilham gaya sarat dengan elemen sporty. Kami juga gayakan model Kate Davis dalam variasi gaya mirip figura terkenal. Anda juga boleh mencuba sama.
Ruangan kecantikan pula disajikan dengan ilham solekan tahun baru untuk anda cuba selain rejim cantik yang pastinya ingin kamu amalkan secara konsisten pada tahun baru ini. Mungkin anda boleh mulakan dengan rajinkan diri membuat rawatan wajah pada waktu malam seperti aplikasi minyak atau serum khusus. Bagi yang mahu solekan yang lebih tipis dan natural pada tahun ini, mungkin anda boleh berjinak-jinak memahirkan diri memakai color corrector dan penyamar noda. Dua produk ini ringkas namun besar impaknya. Kami ajarkan dalam ruangan Nota Cantik.
Halaman Gaya Hidup pula kami penuhkan dengan pelbagai artikel penuh inspirasi. Kesihatan disajikan dengan perihal Anxiety Disorder, ruangan Realiti pula berbicara tentang isu gelandangan di ibu kota. Ruangan ini juga dipenuhkan dengan destinasi santai terkini juga resipi mudah untuk dicuba.