EH! - Februari 2016
Malay | 212 pages | True PDF | 80.5 MB
Malay | 212 pages | True PDF | 80.5 MB
EH! edisi Mac 2016 tampil segar. Dalam kalendar fesyen Mac menjadi bulan meraikan himpunan musim bunga. Seiring dengan keceriaan ini kami tampilkan wajah abru sebagai penghias muka depan. Zahirah MacWilson, pelakon baru yang pantas mendaki populariti menjadi pilihan kami. Berpersonaliti dan penuh pesona, itu yang boleh kami simpulkan tentang gadis penghias muka depan kami bulan ini. Bersama EH!, Zahirah berkongsi pelbagai kisah termasuk misinya dalam kerjaya lakonan juga kisah hubungan indahnya bersama Zul Ariffin.
Edisi EH! bulan ini mahu meraikan warna, tiap halaman disimbah warna-warna terang baik dalam ruangan fesyen, kecantikan juga gaya hidup. Halaman fesyen berkongsi ilham memakai helaian berwarna untuk ke pejabat, santai hujung minggu mahupun ke majlis istimewa. Lengkapkan helaian berwarna anda dengan mainan aksesori pelbagai gaya. Ruangan fesyen juga membawakan key looks musim ini hasil ilham rumah fesyen utama dunia. Dan gaya-gaya ini digayakan sempurna model kebanggan kita yang sedang hangat di pentas fesyen dunia, Dayang Atikah.
Halaman kecantikan kami focus kepada rahsia pencerahan wajah. Saban tahun ada sahaja formula baru dibawakan pakar kulit demi memenuhi kehendak wanita Asia yang dambakan kulit lebih cerah, ton sekata dan pastinya berseri. Kami turut kongsikan empat gaya solekan bermain warna. Turut ada ilham penggaris mata berwarna juga variasi item baru berharga bawah RM100.
Tambah istimewa, kami cantumkan ilham memakai warna baik fesyen mahupun gaya bersolek. Lihat ilham-ilham rona baru dan bagaimana anda mahu memadankannya dengan trend fesyen dan solekan terbaru.
Ruangan gaya hidup menyorot rahsia di sebalik ciuman lelaki. Ketahui maksud pasangan anda tiap kali dia mencumbu dahi, tangan, belakang leher dan sebagainya. Kisah Benar pula membawa cerita rakan serumah yang sanggup menyihir teman sendiri kerana cemburu.